3.5 juta topeng muka percuma diedar di Johor
Iklan
JOHOR BAHRU - Sebanyak 3.5 juta topeng muka percuma akan diagihkan kepada seluruh ketua isi rumah di Johor sebagai langkah keselamatan dalam mencegah penularan koronavirus (Covid-19).
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, untuk permulaan, topeng muka sumbangan kerajaan Persekutuan itu akan diagihkan di kawasan berisiko tinggi di setiap daerah.
Iklan
Iklan
"Pengagihan itu akan dilakukan secepat mungkin oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat di daerah masing-masing secara berperingkat.
"Kerajaan negeri menyarankan topeng muka ini diedarkan dari rumah ke rumah oleh MPKK, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat atau mana-mana kaedah sesuai yang tidak menimbulkan kekecohan, pergerakan atau perhimpunan besar di kalangan penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, setiap isi rumah menerima empat keping topeng muka untuk kegunaan ahli keluarga dengan keutamaan kepada yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam.
Sementara itu, Vidyananthan berkata, sehingga semalam Jabatan Kesihatan Johor melaporkan penambahan 13 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah sebanyak 614 kes di negeri ini.
Iklan
"Sehingga 16 April 2020, jumlah kes kematian yang direkodkan di Johor adalah sebanyak 15 orang. Tiada kes kematian baharu direkodkan semalam.
"Bagi 16 April 2020, jumlah kes kumulatif sembuh di Johor adalah 356 kes iaitu pertambahan tujuh kes berbanding hari sebelumnya. Diharapkan statistik kes sembuh dan discaj bagi negeri ini akan terus meningkat untuk hari berikutnya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>