Lelaki didakwa buat aksi tidak senonoh depan kereta wanita, polis buka siasatan

Iklan
Tangkap layar video aksi lelaki yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh di hadapan sebuah kereta seorang wanita di Taman Keladi baru-baru ini.

SUNGAI PETANI - Polis membuka siasatan terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh di hadapan sebuah kereta seorang wanita di Taman Keladi di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam, Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, polis meminta mana-mana individu yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit supaya tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang berdepan kejadian seumpama ini juga dinasihatkan supaya membuat laporan polis dengan segera atau menghubungi talian kecemasan 999,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, kejadian terbabit mendapat perhatian selepas satu hantaran di media sosial tular mendakwa seorang lelaki berkeliaran di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum melakukan aksi tidak senonoh.

Berdasarkan hantaran sebuah pertubuhan sukarelawan di Sungai Petani menerusi Facebook, wanita terbabit didakwa sedang meletakkan kereta dan masih berada di dalam kenderaan ketika lelaki itu melakukan perbuatan tersebut di hadapan keretanya.

Iklan

Hantaran sama turut mendakwa lelaki berkenaan pernah terbabit dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita, namun dakwaan itu belum disahkan pihak polis.

Susulan kejadian itu, pertubuhan berkenaan menasihatkan orang ramai, khususnya wanita yang memandu bersendirian supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling.

Hanyan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.