Samun kedai emas: Suspek guna dua motosikal tanpa nombor pendaftaran

Iklan
Tangkap layar video tular menunjukkan empat suspek melarikan diri menaiki dua motosikal tanpa nombor pendaftaran selepas menyamun kedai emas terbabit. Gambar kecil: Ashari

KUANTAN - Dua motosikal yang digunakan empat suspek bersenjata yang menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai di sini pada Jumaat tanpa nombor pendaftaran.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya masih menyiasat kemungkinan terdapat kenderaan lain yang digunakan suspek untuk melarikan diri.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, buat masa ini, tiada maklumat yang tepat mengenai kewujudan kenderaan lain digunakan suspek untuk melarikan diri dan perkara itu masih dalam siasatan.

"Suspek dipercayai mengambil masa kira-kira lima minit untuk memasuki premis dan melakukan samun sebelum keluar melarikan diri," katanya.

Iklan

Tangkap layar video tular menunjukkan empat suspek melarikan diri menaiki dua motosikal tanpa nombor pendaftaran selepas menyamun kedai emas terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, empat lelaki bersenjatakan parang dan objek seperti 'pump gun' melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000 dalam kejadian samun berkawan di kedai emas tersebut.

Iklan

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang sebelum polis menerima laporan 13 minit kemudian.

Kesemua suspek dipercayai memakai pelindung muka semasa melakukan rompakan.

Sementara itu, Ashari berkata, polis kini meneruskan siasatan bagi mengesan kesemua suspek.