Pendaki maut terjatuh 40 meter di Alps Austria

Iklan
Seorang pendaki berusia 19 tahun maut selepas terjatuh kira-kira 40 meter dalam kejadian di Gunung Grossglockner, Austria. Foto sumber pixabay

VIENNA - Seorang pendaki Jerman berusia 19 tahun maut selepas terjatuh kira-kira 40 meter dalam kejadian di Gunung Grossglockner, Austria, menurut polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku pada petang Jumaat di kawasan pendakian di Kals, negeri Tyrol, menurut polis. Punca mangsa terjatuh masih belum dapat dipastikan.

Iklan
Iklan

Seminggu sebelum itu, seorang pendaki Jerman berusia 36 tahun maut di Pergunungan Alps Zillertal di Tyrol selepas hilang keseimbangan ketika melalui laluan sempit sebelum terjatuh antara 50 hingga 100 meter di kawasan curam dan berbatu.

Beberapa hari sebelumnya, seorang lagi pendaki Jerman maut selepas terjatuh dari kawasan tebing berbatu di Banjaran Venediger di Tyrol.

Iklan

Penyiasat percaya lelaki berusia 74 tahun itu turut maut akibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun. - Bernama-dpa

 

Iklan