1,842 titik panas dikesan, Indonesia giat modifikasi cuaca di Kalimantan

Iklan
Jerebu menyelubungi kawasan perumahan di tebing Sungai Kahayan di Palangkaraya, Kalimantan Tengah pada Jumaat. - Foto AFP

JAKARTA – Pemerintah Indonesia mempergiat operasi modifikasi cuaca bagi membantu menangani kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Kalimantan yang telah menyebabkan jerebu tebal.

“Pelaksanaannya turut disokong usaha pemadaman dari darat, rondaan, pengesanan awal dan penyelarasan antara kementerian, agensi serta kerajaan wilayah,” kata Ketua Biro Perhubungan Awam dan Kerjasama Luar Kementerian Perhutanan, Ristianto Pribadi pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kaedah itu merupakan sebahagian daripada strategi bersepadu untuk mengawal kebakaran hutan dan tanah dengan meningkatkan peluang hujan.

Di Kalimantan Barat, operasi dijalankan dari 13 hingga 17 Ogos lalu menerusi sembilan penerbangan dengan anggaran jumlah hujan sebanyak 10.92 juta meter padu di kawasan pembenihan awan.

Iklan

Ramalan cuaca menunjukkan satu lagi peluang operasi modifikasi cuaca bermula Ahad hingga Khamis depan.

“Sehingga akhir bulan ini, keadaan cuaca di Kalimantan Tengah diramalkan kekal kering dengan pertumbuhan awan dan taburan hujan yang terhad,” katanya.

Iklan

Asap tebal sejak dua hari lalu bagaimanapun menjejaskan operasi udara terutamanya di sekitar Jabiren, Tanjung Taruna dan kawasan Taman Negara Sebangau kerana mengurangkan jarak penglihatan juruterbang terhadap sasaran serta laluan penerbangan.

Data terkini Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengesan sebanyak 1,842 titik panas di lima wilayah Kalimantan dengan Kalimantan Tengah merekodkan jumlah tertinggi iaitu 976 titik diikuti Kalimantan Barat sebanyak 489 titik. - Agensi