Guru, anak enam tahun maut MPV jatuh gaung

Iklan
Dalam kemalangan jam 11.30 malam itu, mangsa, Kartinie Ngatenan, 46 dan anaknya, Muhammad Akif Mohd Azmi,6 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ROMPIN - Guru wanita bersama anak lelaki maut manakala suami cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Kilometer 149.9 Jalan Kuantan-Seremban di sini pada Jumaat.

Dalam kemalangan jam 11.30 malam itu, mangsa, Kartinie Ngatenan, 46 beralamat dari Taman Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan dan anaknya, Muhammad Akif Mohd Azmi,6 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, suami mangsa yang juga pemandu, Mohd Azmi Mohajir, 47 cedera di kepala.

Keadaan MPV dinaiki tiga beranak yang terbabas jatuh gaung di Jalan Kuantan-Seremban pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Estima dipandu juruteknik kilang bersama isteri dan anak dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke arah Felda Keratong di sini.

Kartinie Ngatenan, 46 dan anaknya, Muhammad Akif Mohd Azmi,6 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Pemandu MPV yang turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dihantar menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah.

Guru wanita bersama anak lelaki maut manakala suami cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Kilometer 149.9 Jalan Kuantan-Seremban.

Sharif Shai berkata, pemandu MPV yang turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dihantar menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah.

Dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas MPV dinaiki terbabas jatuh gaung di Jalan Kuantan-Seremban pada Jumaat.

"Kes itu kini disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.