PRN Melaka: PN sedia bergerak solo, serah kepada BN pilih regu

Iklan
Tangkap layar hantaran Annuar di laman Facebooknya pada Jumaat

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menegaskan gabungan itu bersedia untuk bergerak secara solo atau bekerjasama dengan parti lain, di samping menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan hala tuju gabungan berkenaan.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, Melaka kini berada di bawah pentadbiran kerajaan BN dan parti itu bebas untuk memilih mana-mana rakan kerjasama politik mereka.

Iklan
Iklan

"Melaka kerajaan BN. Biar BN bebas pilih regu. PN bersama rakyat, dan ikut nurani rakyat.

"Muafakat boleh, solo pun boleh," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Iklan

Kenyataan Annuar itu dipercayai sebagai respons terhadap pandangan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang mengumpamakan BN seperti 'anak dara cantik' yang menjadi rebutan pelbagai pihak untuk bekerjasama.

Ab Rauf sebelum ini memberi reaksi berhubung spekulasi kerjasama BN sama ada bersama Pakatan Harapan (PH) mahupun PN bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Iklan

Menurutnya, beliau selaku ketua akan membuat pertimbangan serta perbincangan lanjut sebelum membuat keputusan berhubung tawaran 'mas kahwin' terbaik yang diberikan.