Imran Khan dihantar semula ke penjara

Iklan
Pihak berkuasa berkawal di luar Hospital Antarabangsa Shifa di Islamabad sebagai langkah berjaga-jaga. - Foto Agensi

LAHORE - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dipindahkan semula ke penjara selepas menjalani pemeriksaan selama beberapa jam di sebuah hospital pada awal pagi Jumaat.

Jurucakap Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) mengesahkan, bekas bintang kriket berusia 73 tahun itu telah dibawa ke Penjara Adiala di bandar Rawalpindi.

Iklan
Iklan

Peguamnya mendakwa, keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dipenjarakan pada Ogos 2023 termasuk mengalami kehilangan penglihatan yang ketara pada mata kanannya.

Bagaimanapun, laporan perubatan menunjukkan tiada rawatan segera diperlukan buat masa ini.

Iklan

Pada Selasa lalu, Mahkamah Agung mengarahkan pihak berkuasa supaya memindahkan Khan ke Hospital Antarabangsa Shifa di Islamabad dalam tempoh 48 jam selain membenarkannya mendapatkan pemeriksaan daripada panel perubatan yang turut melibatkan doktor peribadinya.

Khan telah berdepan lebih 100 kes undang-undang sejak disingkirkan daripada jawatan pada 2022.

Iklan

Beliau mendakwa kes-kes yang turut menjejaskan reputasinya bermotifkan politik, namun kerajaan menafikannya. - Agensi