Tiga rentung: Nurul Asyiqin patah balik, redah api cuba selamatkan nenek dan bapa saudara
Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus.
KOTA KINABALU - Tindakan seorang wanita berpatah balik memasuki rumah yang sedang terbakar demi menyelamatkan nenek dan bapa saudaranya berakhir tragedi apabila ketiga-tiga mereka ditemukan rentung dalam kejadian di Kampung Darau, Manggatal di sini pada awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suami wanita terbabit Stanley@Mohd Hairi Taopit, 34, sempat menyelamatkan diri, namun melecur di bahagian badan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Iklan
Iklan
Difahamkan, isterinya, Nurul Asyiqin Alinor, 29, masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan neneknya Loupin Adow, 67, dan bapa saudaranya, Azman Maduin, 50.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka gagal keluar sebelum seorang ditemukan rentung di dalam bilik, manakala dua lagi berhampiran pintu keluar menuju ke tangga.
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.43 pagi.
Katanya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari BBP Lintas.
Iklan
"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.10 pagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan tiga mangsa dalam keadaan rentung, manakala seorang lagi mengalami kecederaan akibat melecur.
"Menurut maklumat awal, kesemua mereka mempunyai hubungan kekeluargaan. Difahamkan, ketika kejadian, Stanley melecur ketika cuba menyelamatkan diri.
"Dalam masa sama, isterinya, Nurul Asyiqin masuk semula ke rumah untuk menyelamatkan nenek dan bapa saudaranya sebelum ketiga-tiga mereka ditemukan rentung," katanya.
Noor Sherriyana berkata, kesemua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang melecur dihantar ke hospital.
"Operasi ditamatkan pada jam 5.19 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>