Pemancing hilang di Sungai Pahang ditemukan lemas

Iklan
Mayat mangsa ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di Sungai Pahang. Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Seorang pemancing yang hilang selepas terjatuh di Sungai Pahang dekat Kampung Lebak Seberang, Temerloh, Rabu lalu ditemukan lemas pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, ditemui jam 7.05 pagi oleh anggota bomba kira-kira 150 meter dari lokasi dia disyaki terjatuh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat pemancing itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga bermula jam 6.50 pagi pada Jumaat di kawasan mangsa dipercayai terjatuh ditamatkan," katanya.

Iklan

Anggota bomba membantu membawa naik mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Foto JBPM Pahang

Kejadian menimpa mangsa itu dilaporkan jam 11.09 tengah malam, Rabu lalu sebelum anggota bersama jentera dari BBP Bukit Angin, Temerloh ke lokasi untuk operasi SAR.

Iklan

Operasi SAR hari pertama dibuat melalui pencarian di permukaan air sebelum ia ditangguhkan.

Pencarian mangsa disambung semula pada Khamis dengan selaman pertama dibuat anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin jam 9.24 pagi pada kedalaman 2.5 meter.

Operasi pencarian dibantu pasukan bantuan dari BBP Temerloh.