Pesara rugi lebih RM81,000 diperdaya 'kekasih'

Iklan
Seorang pesara kerugian lebih RM81,000 selepas menjadi mangsa 'love scam'. Gambar hiasan

MARAN – Hubungan cinta secara maya dengan seorang wanita yang baru dikenali hampir tiga bulan lalu menjerat seorang pesara dalam perangkap 'love scam' hingga kerugian lebih RM81,000.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa berkenalan dengan wanita terbabit 13 Jun lalu sebelum mereka menjalinkan hubungan cinta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam tempoh itu, wanita yang mangsa sendiri tidak pasti bangsanya meminta bantuan kewangan atas pelbagai alasan termasuk untuk membayar sewa bilik, membaiki kereta, membeli emas dan keperluan peribadi.

“Disebabkan mempercayai wanita itu, mangsa telah membuat 44 transaksi pindahan wang kepadanya sepanjang 13 Jun hingga 7 Ogos lalu membabitkan jumlah keseluruhan RM81,465.

Iklan

"Mangsa bagaimanapun mula syak telah ditipu apabila suspek tidak datang ke lokasi yang dijanjikan untuk bertemu pada 10 Ogos lalu. Suspek memberikan pelbagai alasan mengelak untuk bertemu mangsa," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Kim Wai berkata, susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengumpul keterangan berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak menyerahkan wang kepada individu yang baru dikenali atau belum pernah ditemui.

“Sebarang keraguan atau maklumat berkaitan aktiviti penipuan boleh disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.