Ustaz Wadi Annuar terlibat kemalangan

Iklan
Ustaz Wadi Annuar terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Gerik

GERIK - Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 45 Jalanraya Timur-Barat, berhampiran Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun, Tasik Banding, di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 10 mangsa terlibat dengan lima daripadanya cedera, manakala lima lagi dilaporkan selamat.

Iklan
Iklan

Kenderaan dinaiki Ustaz Wadi Annuar

Menerusi makluman yang dikongsikan di akaun Facebook, keadaan Ustaz Wadi Annuar yang kini menerima rawatan di Hospital Gerik dilaporkan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan di dada dan perut.

Iklan

Difahamkan, semasa kejadian, beliau bersama pasukannya menaiki kenderaan Toyota Vellfire dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli, Kelantan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berdasarkan maklumat awal, terdapat empat individu menaiki kenderaan berkenaan dengan dua daripadanya cedera, manakala dua lagi selamat.

Iklan

"Kesemua mangsa dari kenderaan itu telah dikeluarkan orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Dua lagi kenderaan terlibat merupakan Perodua Myvi dan Perodua Bezza.

Sabarodzi berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gerik pada jam 2.40 pagi.

Katanya, operasi menyelamat melibatkan 10 anggota dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah lori.

"Operasi terkawal pada jam 4.10 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.39 pagi," katanya.