Penganggur ditahan, disyaki rogol remaja perempuan

Iklan
Naazron (gambar kecil) berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Foto hiasan

KAJANG - Seorang penganggur ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Sungai Chua Kajang pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Ahad lalu selepas mangsa mendakwa telah dirogol oleh lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dikenalinya.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di rumah berkenaan pada 29 Mac lalu.

"Hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek di Rantau Panjang, Kelantan pada Rabu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, suspek direman sehingga 26 Ogos bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Naazron berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Susulan itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.