BizMatch Mega PKNS 2026 rancak ekosistem perniagaan Selangor

Iklan
Mohd Najwan (tengah) merasmikan Himpunan Usahawan Selangor 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor pada Khamis. Turut bersama Mahmud (dua dari kiri). FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus merancakkan pembangunan ekosistem keusahawanan negeri menerusi penganjuran BizMatch Mega PKNS 2026 yang menghimpunkan kira-kira 1,200 usahawan.

Program padanan perniagaan edisi keempat itu menghubungkan usahawan secara langsung dengan pelbagai agensi pembiayaan dan keusahawanan daripada sektor awam serta swasta bagi membuka akses kepada

Iklan
Iklan

pembiayaan, geran, program pembangunan perniagaan dan peluang pasaran.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, penganjuran BizMatch Mega PKNS 2026 merupakan wadah terbaik untuk golongan usahawan mengembangkan perniagaan.

Iklan

"Program ini menyediakan ruang untuk usahawan meluaskan jaringan dan kerjasama serta mengenal pasti potensi perniagaan yang ada untuk lebih berjaya.

"Apabila sudah berjaya, barulah usahawan mampu memberi balik kepada komuniti antaranya dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di luar sana," katanya ketika merasmikan BizMatch Mega PKNS 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC) pada Khamis.

Iklan

Tambah beliau, penganjuran program seumpama ini turut berupaya mengetengahkan usahawan berpotensi yang boleh dibawa meneroka pasaran luar negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya serius dalam usaha memantapkan perniagaan di Selangor.

"Saya berharap usahawan yang hadir pada hari ini dapat memanfaatkan peluang yang tersedia untuk memajukan perniagaan masing-masing," katanya.

Bagi tahun 2026, PKNS merancang enam siri program BizMatch, termasuk BizMatch Networking, BizMatch Meja Talk Sarawak dan Sabah, BizMatch bersama Affin Bank serta BizMatch bersama Hypermarket dalam usaha memperluas peluang padanan

perniagaan kepada komuniti usahawan.