[VIDEO] Kes cederakan isteri: Mahkamah benarkan pendakwaan kes ADUN rujuk AGC

Iklan

BALIK PULAU - Mahkamah membenarkan pihak pendakwaan bagi kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang berdepan pertuduhan mencederakan isterinya pada Februari lalu untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Keputusan itu dibuat Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mahkamah membenarkan pihak pendakwaan merujuk kepada AGC bagi mendapatkan arahan lanjut sama ada prosiding kes berkenaan perlu diteruskan atau sebaliknya selepas pihak pendakwaan memohon untuk berbuat demikian.

Fahmi (kiri) berjalan bersama Shamsheer masuk ke kamar mahkamah pada Khamis.

Iklan

Hui Ting berkata, pihak pendakwaan bukan bertindak semata-mata mengikut kehendak mangsa untuk meneruskan atau menarik balik sesuatu kes sebaliknya bertanggungjawab memastikan keadilan ditegakkan kepada semua pihak.

Menurutnya, pihak pendakwaan juga perlu menjaga kepentingan keadilan dan keamanan serta tidak terhad kepada kehendak mana-mana individu.

Iklan

“Sebagai contoh, seseorang membuat laporan polis terhadap individu lain, kemudian datang ke balai polis dan mahu menarik balik laporan tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ikmal Affendi Zulkifly manakala Fahmi diwakili peguam, Dr Shamsher Singh Thind.

Shamsher sebelum itu memohon mahkamah menggugurkan pertuduhan selepas mendakwa kes berkenaan sudah tidak mempunyai asas untuk diteruskan susulan keterangan mangsa.

Fahmi

Tambahnya, mangsa sebelum ini membuat laporan polis untuk menarik balik aduan dan kemudian membuat satu lagi laporan kerana tidak berpuas hati berhubung kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menjelaskan bahawa fakta kes yang dibangkitkan pihak pembelaan tidak mempunyai persamaan dengan kes tersebut memandangkan pihak pendakwaan telah memanggil saksi pertama, iaitu pengadu, untuk memberikan keterangan pada prosiding hari ini.

Menurut pihak pendakwaan lagi, penarikan semula laporan polis oleh pengadu juga tidak bermakna pihak pendakwaan hilang kuasa untuk meneruskan kes berkenaan kerana keputusan untuk meneruskan atau menghentikan pendakwaan tidak hanya bergantung kepada kehendak pengadu.

Dalam prosiding itu juga, pihak pendakwaan turut memaklumkan mengenai kesukaran mengesan saksi sebelum saksi pendakwaan pertama (SP1) iaitu isteri Fahmi, Nur Hidayah Abd Jabar, 35 dipanggil memberi keterangan.

Mahkamah turut mengambil kira keterangan SP1 yang menyatakan terdapat kecederaan dialami kedua-dua pihak dalam kejadian berkenaan.

Hui Ting berkata, isu pembelaan diri (self-defence) perlu dilihat dari sudut undang-undang dan bukan semata-mata berdasarkan kefahaman orang awam.

Beliau turut menjelaskan bahawa bagi pertuduhan berkenaan, seseorang tidak semestinya mempunyai niat secara langsung untuk menyebabkan kecederaan sebaliknya pengetahuan bahawa perbuatan tersebut berkemungkinan menyebabkan kecederaan juga boleh menjadi perkara yang perlu dipertimbangkan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kes berkenaan 10 September untuk sambung bicara.

Pada 27 Februari lalu, Fahmi didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nur Hidayah dan mengaku tidak bersalah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 10 malam pada 22 Februari lalu di sebuah rumah di Persiaran Pantai Jerejak 11, Bayan Lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.