Jurulatih pengsan dua isteri bergaduh, tarik rambut di khalayak umum

Iklan
Peguam Hassan menafikan beliau mengalami masalah kesihatan setelah insiden itu turut tular. - Foto Agensi

KAHERAH - Jurulatih bola pasukan kebangsaan Mesir, Hossam Hassan dilaporkan pengsan selepas dua isterinya bergaduh di khalayak umum.

Kekecohan tercetus apabila isteri pertama, Howaida Al-Gharbawi, dan madunya, Dina Mustafa atau Dan Adam terlibat dalam pertengkaran sebelum keadaan bertukar tegang apabila kedua-duanya saling menarik rambut di sebuah kafe hotel mewah di Porto Marina.

Iklan
Iklan

Beberapa ahli keluarga dan rakan cuba meleraikan mereka sebelum pengawal keselamatan tiba di lokasi.

Susulan kejadian itu, pengurus skuad Pharaohs tersebut didakwa menceraikan isteri pertamanya, Howaida.

Iklan

Beliau telah menandatangani dokumen perceraian secara rasmi di pejabat pendaftar undang-undang di Kaherah.

Sementara itu, peguam kepada isteri kedua, Mohamed Shams berkata, mereka berharap konflik itu tidak berakhir dengan perceraian, namun keadaan semakin meruncing sehingga membawa kepada keputusan tersebut.

Iklan

Shams turut mendakwa anak guamnya menjadi mangsa serangan yang telah dirancang ketika percutian di Porto Marina.

Sementara itu, Ahmed Hamad, peguam kepada keluarga Howaida enggan mengulas lanjut mengenai perpisahan tersebut.

Hassan berkahwin dengan Dan Adam pada 2015 ketika masih bergelar suami kepada Howaida. Mereka berpisah sementara pada 2022 sebelum kembali bersama. - Agensi