KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL) di Jalan Sultan Ismail, di sini, selesai dimandi, dikafan dan disolatkan selepas solat Maghrib.
Ketiga-tiga jenazah sebelum itu tiba di Masjid Jamiul Ehsan di Jalan Pahang kira-kira jam 5.53 petang bagi menjalani urusan mandi jenazah, kafan dan solat jenazah.
Suasana di pekarangan masjid dipenuhi ahli keluarga dan waris mangsa yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.
Tiga van jenazah membawa jasad tiga mangsa yang maut dalam nahas berkenaan tiba di masjid secara beriringan.
Jenazah ketiga-tiga mangsa itu kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu Kampar Perak.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen
Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen
Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis
Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL
Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis
Terdahulu, tiga daripada empat ahli keluarga berkenaan maut selepas dirempuh lori JIM dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.
Lori berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin.