PR1MA buat kunjungan hormat, rai dua dekad Sinar Harian

Iklan
Delegasi PR1MA bergambar bersama pengurusan Sinar Harian ketika hadir ke Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

SHAH ALAM - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) meraikan ulang tahun ke-20 Sinar Harian dalam kunjungan hormat ke Sinar Harian di Karangkraf pada Rabu.

Sesi berkenaan berlangsung dalam suasana santai dan mesra sebelum diteruskan dengan acara memotong kek sebagai simbolik sambutan ulang tahun ke-20 Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Acara memotong kek sebagai simbolik sambutan ulang tahun ke-20 Sinar Harian.

Selain meraikan perjalanan dua dekad Sinar Harian dalam industri media, kunjungan tersebut turut menjadi platform perbincangan antara kedua-dua pihak bagi bertukar pandangan mengenai hala tuju serta meneroka peluang kerjasama strategik pada masa hadapan.

Iklan

Kunjungan diketuai Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PR1MA, Nurulhuda Abd Aziz; Penolong Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Awam & Penjenamaan PR1MA, Khairul Faizi Dalaiil dan Pengurus Jabatan Perhubungan Awam & Media PR1MA, Huda Zafirah A Rashid serta pegawai-pegawai media lain.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi dan Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa.

Iklan