Rafizi saman Caprice: 'Ini kali pertama saya saman seseorang'
Iklan
Rafizi mengambil tindakan saman terhadap penyanyi rap, Caprice.
SHAH ALAM – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil tindakan saman terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung dakwaan menerima rasuah dalam satu projek swasta.
Presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu berkata, tindakan undang-undang itu telah difailkan lebih awal dan kes berkenaan masih dalam prosiding mahkamah.
Iklan
Iklan
"Februari lalu, Caprice juga menjaja cerita kononnya saya makan rasuah dalam satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan saya atau kementerian saya dahulu.
"Dia panggil sidang media mengumumkan yang dia saman saya dan ketika itu ramai mengejek kononnya saya tidak berani saman Caprice.
Iklan
"Sebenarnya sudah lama saya saman Caprice atas tuduhan itu, cuma tidak cakap dan kes sedang berjalan di mahkamah ketika ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Februari lalu, pempengaruh media sosial itu dilapor memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi, dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta.
Iklan
Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli berkata, ia berikutan kegagalan bekas Timbalan Presiden PKR itu memohon maaf serta menurunkan hantaran media sosial yang didakwa mengandungi tuduhan berbaur fitnah terhadap beliau.
Dalam pada itu Rafizi menjelaskan, saman terhadap Caprice merupakan kali pertama dilakukan terhadap individu yang memfitnahnya.
Malah sepanjang berpuluh tahun terbabit dalam politik termasuk berdepan lawan seperti UMNO dan Pas, beliau menegaskan, tidak pernah dituduh menerima rasuah.
"Ini kali pertama saya saman seseorang. Sebelum ini, macam-macam orang fitnah atau tuduh, saya jawab dan tidak saman sebab kebanyakan daripada mereka ini rakyat biasa, jadi saya serahkan kepada ALLAH.
"Jadi saya tiada pilihan dan terpaksa saman untuk kali pertama dalam hidup.
"Sekarang kita serahkan kepada peguam-peguam dan proses mahkamah," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>