KUALA LUMPUR - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kekeliruan berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang dikeluarkan semalam.
Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan perkara itu diambil serius dan akan memastikan proses semakan serta penyampaian maklumat diperkemas bagi mengelakkan ia berulang.