Penternak lembu didakwa pukul muka anak saudara tiga kali hingga cedera

Iklan
Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memukul muka anak saudaranya hingga cedera dalam kejadian tiga tahun lalu.

MELAKA - Seorang penternak lembu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan memukul muka anak saudara hingga cedera dalam kejadian tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Makhadzir Khan Zakariah, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul dibahagian muka sebanyak tiga kali terhadap anak saudaranya berumur 34 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 1.25 tengah hari pada 23 Januari 2023 di Batu 8 ¼ Air Molek dalam daerah Melaka Tengah.

Iklan

Difahamkan kejadian itu berlaku susulan perselisihan faham dalam keluarga.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pegawai Pendakwa, Nur Zaidah Muhamad Zailani, mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan terhadap duda yang juga bapa kepada tiga anak itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes.