Tanam janin tepi rumah: Polis buru bekas teman lelaki kepada pengantin baru

Iklan
Mohd Yusoff (dua,kanan) menyaksikan penyampaian sumbangan kepada penerima pada Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu. Foto HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Polis Kelantan kini memburu seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai bekas teman lelaki kepada seorang wanita yang baru tiga hari bergelar pengantin baharu, bagi membantu siasatan kes penemuan janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Kuala Krai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lelaki terbabit dan tindakan untuk menahannya akan dilakukan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, siasatan turut dijalankan bagi menentukan sama ada janin berkenaan meninggal dunia ketika masih dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

"Sudah dikenal pasti. Kita akan tangkap," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.

Iklan

Sebelum itu, seorang wanita yang baru tiga hari bergelar pengantin baharu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Kuala Krai dipercayai berlaku pada 2024.

Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini pada Isnin lalu.

Turut ditahan reman ialah bekas suaminya, 32, yang bekerja sebagai buruh binaan.

Polis sebelum ini menerima laporan mengenai penemuan janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang.

Janin berkenaan dipercayai hasil hubungan sulit wanita terbabit dengan teman lelakinya selepas dia bercerai.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff berkata, bekas suami wanita berusia 30 tahun itu yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis.