Mayat wanita dalam beg: Mangsa disahkan warga asing - Polis

Iklan
Polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an dan merupakan warga asing.

IPOH - Mayat wanita yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar, Jumaat lepas dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya sudah menghantar cap jari untuk pengesahan identiti namun masih belum memperoleh maklumat sebenar mangsa.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu lepas, polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.12 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di sungai berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama