Mahkamah arah Imran Khan dipindahkan dari penjara ke hospital

Iklan
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan

ISLAMABAD - Mahkamah Agung Pakistan pada Selasa mengarahkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan dipindahkan dari penjara ke hospital.

Pengumuman itu dibuat Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), sekali gus memenuhi tuntutan lama parti dan keluarganya yang sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatannya.

Iklan
Iklan

Khan, 73, yang merupakan bekas pemain kriket sebelum bergelar ahli politik telah dipenjarakan sejak Ogos 2023 selepas disabitkan dalam beberapa kes yang didakwanya bermotifkan politik setelah disingkirkan melalui undi tidak percaya pada 2022.

Anak-anaknya berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatannya yang semakin merosot sejak tahun lalu manakala peguamnya mendakwa penglihatan mata kanannya merosot dengan ketara ketika berada dalam tahanan.

Iklan

Sementara itu, jurucakapnya Naeem Haider Panjutha menerusi platform X memaklumkan mahkamah mengarahkan Khan dipindahkan ke Hospital Antarabangsa Shifa dalam tempoh 48 jam dan kekal di kemudahan itu sehingga 16 September depan.

Khan berdepan pelbagai kes termasuk berkaitan hadiah negara dan perkahwinan yang didakwa tidak sah. Sebahagian sabitan terhadapnya telah digantung atau dibatalkan manakala rayuan bagi kes-kes berkenaan masih berjalan. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku. - Agensi

Iklan