Bumbung makmal SMK Juasseh runtuh

Iklan
Keadaan bumbung SMK Juasseh yang Runtuh. Foto: Ihsan Bomba

KUALA PILAH - Bumbung bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh di sini runtuh dalam kejadian pada Selasa.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.08 tengah hari.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku runtuhan bumbung pada bangunan sekolah di tingkat tiga yang menempatkan makmal sekolah," katanya.

Iklan

Keadaan bumbung SMK Juasseh yang Runtuh. Foto ihsan Bomba

Menurutnya, pemeriksaan mendapati runtuhan berkenaan tidak melibatkan mangsa dan pemantauan dilakukan berikutan dilaporkan terdapat bahan kimia dalam bangunan.

Iklan

Bagaimanapun katanya, bahan kimia berkenaan masih belum dikenal pasti dan pengosongan bangunan telah diarahkan bagi memastikan keselamatan semua.

"Setakat ini operasi masih dijalankan namun terkawal," katanya.