Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf

Iklan
Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden di Petaling Jaya, Khamis lalu.

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: JAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit pemimpin kanan parti politik

Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

Sebelum ini Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khalwat melibatkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling, pada Rabu.

Iklan

Beliau memaklumkan, tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 6 petang.

Dalam pada itu Nik Nazmi menegaskan, beliau tidak mahu memanjangkan isu itu dan akan memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan.

"Saya juga memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti.

"Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media," katanya.