Polis cari Hedayah

Iklan
Polis mencari Hedayah untuk membantu siasatan berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KAJANG - Seorang wanita dikesan untuk membantu siasatan berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan wanita berkenaan yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita terbabit dikenali sebagai Hedayah Abdul Majid Hafidzin, 48, berbangsa Melayu dan merupakan warganegara Malaysia.

"Alamat terakhir wanita ini adalah di No 12, Blok E, Jalan Camar, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut atau wanita berkenaan sendiri diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Naazron berkata, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.

Iklan

"Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Iqbal Norman di talian 016-802 1567,” katanya.