Dua lagi juruterbang syarikat penerbangan India gagal ujian awal dadah

Iklan
Semua juruterbang diarahkan menjalani ujian dadah sebagai sebahagian daripada SOP baharu. Foto: PTI

NEW DELHI - Dua lagi juruterbang sebuah syarikat penerbangan di India gagal ujian awal dadah selepas saringan terhadap kru penerbangan diperketatkan susulan insiden pesawat dari Phuket ke Delhi yang menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Memetik laporan NDTV, kedua-dua juruterbang terbabit kini dikeluarkan daripada jadual penerbangan sementara menunggu keputusan ujian.

Iklan
Iklan

Langkah itu diambil selepas seorang kapten yang bertanggungjawab mengendalikan penerbangan Phuket-Delhi terbabit gagal dalam dua ujian air kencing sebaik pesawat mendarat, dengan bahan marijuana dikesan dalam sistem badannya.

Susulan itu, semua juruterbang diarahkan menjalani ujian dadah sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) baharu.

Iklan

Setakat ini, lebih 300 juruterbang telah menjalani ujian berkenaan setakat ini, manakala keputusan ujian akhir biasanya mengambil masa antara 24 hingga 48 jam untuk diperoleh.

Seorang kru kabin yang berada dalam penerbangan terbabit dipercayai turut membuat aduan dengan mendakwa juruterbang berkenaan sebelum ini pernah menghisap ‘ganja’.

Iklan

Sebelum ini, pesawat itu dilaporkan menjunam secara mendadak kira-kira 300 kaki, menunjukkan berlaku kehilangan kawalan secara serentak terhadap permukaan kawalan utama termasuk elevator dan aileron selama empat saat.

'Spoiler' turut hilang kawalan susulan kegagalan sistem hidraulik yang sama.

Dalam tempoh empat saat itu, 'elevator' dan 'aileron' pesawat bergerak sendiri tanpa sebarang arahan daripada juruterbang selepas berlaku beberapa kegagalan pada ketiga-tiga sistem hidraulik pesawat.

Kejadian sedemikian dianggap luar biasa dalam operasi pesawat jenis berkenaan.

Insiden berkenaan pada awalnya dilaporkan mempunyai kaitan dengan keadaan 'turbulens' sebelum data daripada sistem rekod pesawat memberikan gambaran lebih jelas mengenai apa yang berlaku.

Syarikat penerbangan berkenaan kemudian menjelaskan bahawa ujian dadah dijalankan secara berkala terhadap kru penerbangan bagi mematuhi peraturan penerbangan awam dan pelaksanaannya tidak berkaitan dengan mana-mana penerbangan atau insiden operasi tertentu.