Ribut petir, hujan lebat di Sabah, Sarawak - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Sibu, Sarikei, Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Serian, Kuching, Limbang, Miri, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Samarahan dan Kapit (Song).

Iklan
Iklan

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Sandakan (Kinabatangan, Tongod, Sandakan, Telupid dan Labuk & Sugut), Tawau (Lahad Datu), Pedalaman (Pensiangan, Sipitang, Tenom, Sook, Beaufort, Membakut dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar). - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan