Muhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis ini

Iklan
Muhammad Shah (kanan) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ini.

KLANG - Seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama 'Rocky' akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ini.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Muhammad Shah Hizam, 24, mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan
Iklan

"Kami akan hadir jam 9 pagi pada 20 Ogos ini," kata Muhammad Rafique.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan seksyen dan akta yang akan digunakan bagi mendakwa pemuda berkenaan kerana pertuduhan hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.

Iklan

Sebelum ini, pemuda itu menjadi sasaran kemarahan netizen selepas video yang mendakwa dia telah bertindak kejam dengan menyeksa sehingga menyebabkan kematian Rocky di Taman Telok Gedong Indah di sini pada 29 Julai lalu tular di media sosial.

Muhammad Shah mendakwa, telah menerima ancaman terhadap diri dan keluarganya selepas kejadian berkenaan.

Iklan