Bolehkah menyusukan anak di tempat awam?

Iklan
TIDAK salah untuk menyusukan anak di tempat awam, namun perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan syarak.

Soalan

Saya merupakan seorang ibu yang menyusukan anak-anak menggunakan susu badan. Jika saya keluar rumah, bolehkah saya menyusukan anak di tempat awam?

Iklan
Iklan

Jawapan

Usaha untuk menyusukan anak menggunakan susu ibu atau susu badan merupakan satu perbuatan yang sangat baik.

Iklan

Di Malaysia, banyak pihak melaksanakan kempen menyusukan anak menggunakan susu ibu termasuk Kementerian Kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia merupakan suatu perjuangan yang sangat mulia, bahkan dalam al-Quran, ALLAH SWT menyatakan secara jelas al-Quran: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susu ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman: 14)

Iklan

Bagaimanapun, metodologinya mungkin berbeza bagi sesetangah individu yang menyusukan anak di tempat awam ini.

Namun jika sebaliknya seperti aurat terdedah dan boleh dilihat oleh orang lain, maka perbuatan itu boleh dihukumkan sebagai haram.