2026 mungkin tahun paling panas

Iklan
Tahun ini berkemungkinan mencatat rekod sebagai tahun paling panas pernah direkodkan di dunia. (Gambar hiasan-FOTO:CNBCTV18)

BERKELEY - Tahun 2026 berkemungkinan mencatat rekod sebagai tahun paling panas pernah direkodkan di dunia, didorong fenomena El Nino luar biasa kuat yang sedang mempengaruhi corak cuaca global.

Menurut analisis bulanan kumpulan penyelidikan, Berkeley Earth, kemungkinan 2026 menjadi tahun paling panas pernah direkodkan semakin tinggi, dengan kebarangkalian itu melonjak daripada 12 peratus pada Julai kepada 69 peratus pada Ogos.

Iklan
Iklan

Malah, sekiranya rekod tersebut tidak dipecahkan tahun ini, penyelidik menjangkakan 2027 berpotensi mencatat paras suhu global tertinggi baharu.

Ketua Saintis Berkeley Earth, Robert Rohde berkata, dunia mungkin berdepan perubahan cuaca yang luar biasa dalam tempoh setahun akan datang.

Iklan

"Kita mungkin akan menyaksikan sesuatu yang agak dramatik dalam tempoh setahun atau lebih.

"Ia akan membawa keadaan cuaca yang biasanya hanya dijangka berlaku sedekad atau lebih dari sekarang. Kesannya akan menjadi besar," katanya.

Iklan

El Nino merupakan fenomena cuaca berulang selama beberapa bulan yang berpunca daripada peningkatan suhu permukaan laut di kawasan tertentu di timur Lautan Pasifik tropika.

Fenomena itu boleh menghasilkan kesan berbeza di seluruh dunia termasuk mencetuskan keadaan lebih kering di barat dan selatan Afrika, Australia serta India, selain berpotensi meningkatkan hujan di selatan Amerika Syarikat (AS).

Unjuran menunjukkan suhu permukaan laut di kawasan Pasifik yang digunakan untuk mengukur kekuatan El Nino boleh meningkat sehingga empat darjah Celsius melebihi paras normal.