Gempar jumpa tulang di Pantai Batu Feringgi

Iklan
Penemuan tulang di Pantai Batu Ferringhi menggemparkan orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

GEORGE TOWN - Penemuan beberapa tulang di kawasan pantai Batu Ferringhi di sini pada petang Isnin disahkan sebagai tulang kuda dan bukan tulang manusia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pengesahan itu dibuat selepas tulang berkenaan diperiksa oleh pakar perubatan forensik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ketua Pakar Forensik Pulau Pinang, Dr P Chandroth Navin yang juga Pakar Perubatan Forensik UD56 mengesahkan tulang tersebut merupakan tulang kuda.

Polis mengesahkan tulang berkenaan bukan tulang manusia sebaliknya tulang kuda.

Iklan

“Justeru, penemuan berkenaan tidak melibatkan tulang manusia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, penemuan beberapa tulang di kawasan pantai berkenaan menimbulkan persoalan dalam kalangan orang awam berikutan bentuknya yang menyerupai tulang manusia.

Iklan