SPRM cari Pooi Ling bantu siasatan kes rasuah

Iklan
SPRM sedang mengesan Wong Pooi Ling bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Foto: SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu itu ialah Wong Pooi Ling, 51.

Iklan
Iklan

"Wanita itu gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhir di No.303, Blok Jalan Muhibbah 18, Taman Muhibbah, 43330, Seri Kembangan, Selangor.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhammad Mikael Abdullah di talian 012-3316521 atau

Iklan

Pejabat SPRM Negeri Selangor di talian 03-5525600 atau emel kepada gunashilen@sprm.gov.my," katanya pada Isnin.

 

Iklan