Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori kehabisan minyak
Iklan
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh bahagian belakang lori kehabisan minyak yang diparkir di bahu jalan berhampiran susur jejambat Wakaf Bharu, Tumpat pada Ahad. Foto:PDRM
TUMPAT - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori kehabisan minyak yang diparkir di bahu jalan di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, berhampiran susur jejambat Wakaf Bharu di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan maut itu daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat kira-kira jam 5.30 petang.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa melalui selekoh di susur jejambat Wakaf Bharu.
Iklan
"Mangsa dipercayai telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang ditinggalkan dalam keadaan diparkir di bahu kiri jalan disebabkan kehabisan minyak.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Mohd Khairi memberitahu, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan sebagai 'multiple fatal injury due to motor vehicle accident'.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi di talian 09-7257222 atau hadir ke Pejabat Trafik IPD Tumpat.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>