Penyanyi Black Maria, AG meninggal dunia

Iklan
AG meninggal dunia pada Sabtu.

SHAH ALAM - Penyanyi kumpulan nu metal, Black Maria, AG atau nama sebenarnya, Abdul Aziz Bahari meninggal dunia.

Berita pemergian Allahyarham itu dikongsikan Linda Jaafar menerusi Facebooknya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran tersebut, Linda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

Allahyarham merupakan penyanyi kumpulan Black Maria yang popular menerusi lagu Veto pada tahun 2000.

Iklan

Dalam hantaran berasingan, Linda turut mengulang siar perkongsian mengenai urusan pengebumian Allahyarham yang memaklumkan jenazah dikebumikan di Negeri Sembilan atas permintaan waris.

Jenazah tiba di Seremban pada jam 3.30 petang sebelum dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan selepas solat Asar.

Iklan