'Amaran jadi kenyataan' - Tular video pemuda beri amaran sebelum gempa bumi 7.7 magnitud

Iklan
Tular video seorang pemuda memberi peringatan kepada penduduk di Indonesia agar menyelamatkan diri beberapa jam sebelum gempa bumi melanda kawasan berkenaan.

JAKARTA – Seorang pemuda menjadi perhatian di media sosial selepas cuba memberi peringatan kepada penduduk di sebuah pelabuhan di Nusa Tenggara Timur (NTT) agar menyelamatkan diri beberapa jam sebelum gempa bumi melanda kawasan berkenaan.

Menurut laporan halaman media Jakarta Info Terkini, amaran itu bagaimanapun tidak dihiraukan penduduk, malah tindakannya menjadi bahan ketawa warga setempat.

Iklan
Iklan

Pemuda tersebut dipercayai mendakwa dirinya sebagai 'Malaikat Mikail' ketika menyampaikan peringatan berkenaan, menyebabkan penduduk menganggap kenyataannya tidak masuk akal dan menyangka dia berhalusinasi.

Namun, beberapa jam kemudian, gempa bumi kuat benar-benar berlaku dan mengejutkan penduduk di kawasan berkenaan.

Iklan

Gempa bermagnitud 7.7 itu dilaporkan menggegarkan kawasan luar pantai Pulau Flores, NTT, semalam.

Kejadian berkenaan mengakibatkan banyak nyawa terkorban selain memaksa ribuan penduduk meninggalkan kawasan masing-masing bagi menyelamatkan diri.

Iklan