Hilang sejak Khamis, Farzanah Nabila ditemui di rumah rakan

Iklan
Farzanah Nabila sebelum ini dilaporkan hilang pada Khamis.

KAJANG - Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui semula di rumah rakannya di kawasan Jade Hills, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, remaja berusia 17 tahun itu ditemui kira-kira jam 10.30 pagi dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

"Polis Daerah Kajang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta orang awam yang memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat sehingga remaja berkenaan berjaya ditemui,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan remaja berkenaan yang dilaporkan hilang di Taman Jasmin, di sini pada Khamis.

Iklan

Naazron berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Farzanah Nabila Abdullah pada jam 1.20 tengah hari.

Beliau berkata, hasil usaha mengesan remaja berkenaan, pihaknya berjaya menemuinya semula di rumah rakannya di kawasan Jade Hills, Kajang pada Sabtu.

Iklan

Remaja terbabit kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.