SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meneruskan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Akmal berkata, sedangkan sebelum ini mereka lantang mengkritik dan menghina UMNO.
"Gelar UMNO bermuka-muka, kutuk UMNO bukan main lagi. Nak buang Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara )dan semua ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) UMNO.
Sebelum ini, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa beliau memilih kestabilan politik dan kemakmuran rakyat, selain mahu kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan BN pada peringkat Persekutuan diteruskan.
Anwar berkata, sebarang keputusan politik tidak wajar didorong oleh kepentingan pangkat, kedudukan atau kemarahan, sebaliknya mesti berlandaskan kepentingan rakyat dan negara.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal menjelaskan, susulan itu pihaknya mencabar PH untuk menghentikan kerjasama dengan parti berkenaan.
"Maka kita cabar mereka untuk buang UMNO dari kerajaan perpaduan jika dah macam itu.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan Anwar yang mendakwa ada pemimpin UMNO pernah membantah tindakannya memberi peruntukkan kepada negeri Perikatan Nasional (PN).
Tambah Muhamad Akmal, Anwar tidak seharusnya menyalahkan UMNO memandangkan beliau mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri.
"Dah salahkan UMNO pula, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia tau. Kuasa itu berada di tangan PMX
"Kalau PMX beritahu, terus perkara ini boleh disalurkan. Bukan di tangan Timbalan Perdana Menteri
"Cuba PMX beritahu siapa pemimpin UMNO tersebut, kami pun nak tahu juga. Ke perlu tunggu tiga tahun lagi baru boleh beritahu? ujarnya.