Polis kesan pemandu Kia Forte lolos ketika dikejar

Iklan
Tular video memaparkan sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dikejar polis dalam kejadian di Bandar Eco Majestic pada Sabtu.

KAJANG - Tular video memaparkan sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dikejar polis dalam kejadian di Bandar Eco Majestic di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.31 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut mengesan rakaman video yang tular di platform media sosial Threads dipercayai memaparkan kejadian berkenaan.

"Kereta Kia Forte berwarna putih itu dipandu oleh individu yang belum dikenal pasti dengan nombor pendaftaran yang tidak jelas kelihatan.

Iklan

"Bagaimanapun, kenderaan berkenaan berjaya meloloskan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, tular hantaran di platform media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu oleh seorang individu yang bertindak meloloskan diri ketika dikejar polis.

Iklan

Dalam pada itu, Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-636 9835.

"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan kejadian jenayah melalui talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243," katanya.