Bunuh, lilit mayat dengan jaring: Empat lelaki akan didakwa esok

Iklan
Empat individu dipercayai terlibat kes bunuh susulan penemuan mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat 3 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.

JOHOR BAHRU - Empat individu dipercayai terlibat kes bunuh susulan penemuan mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat 3 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, seorang daripada empat suspek ini akan dituduh kemudian di Mahkamah Majistret Kluang kerana memiliki senjata api.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendakwaan dilakukan selepas kertas siasatan lengkap dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, pada Khamis.

“Empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek yang memiliki senjata api didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Iklan

3 Ogos lalu, satu mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring ditemui di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat jam 12.30 tengahari oleh orang awam.

“Seorang lagi suspek dibebaskan dan akan jadi saksi pendakwaan dengan bon jaminan memgikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Iklan

Ab Rahaman berkata, keseluruhannya, lima suspek ditangkap pada 3 Ogos melibatkan tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun.

“Susulan daripada itu, dua lagi lelaki tempatan berusia 33 dan 34 tahun ditangkap keesokannya sekali gus membawa kepada penemuan serta rampasan sepucuk pistol di sebuah rumah di Yong Peng, Batu Pahat pada 9 Ogos,” katanya.

3 Ogos lalu, satu mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring ditemui di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat jam 12.30 tengahari oleh orang awam.

Hasil siasatan, tangan dan kaki diikat dengan pita pelekat dan terdapat kesan luka di bahagian pinggang serta lengan mangsa.

Semakan lanjut mendapati, mangsa merupakan orang hilang seperti laporan diterima daripada seorang isteri yang memaklumkan kehilangan suaminya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, jam 10.09 malam, 29 Julai lalu.