AMPANG - Polis menjalankan siasatan berhubung kes pergaduhan berkumpulan membabitkan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran di Jalan Memanda 7/1, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam di Restoran My BBQ Restaurant.
Iklan
Iklan
"Akibat pergaduhan itu, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan selain berlaku kerosakan harta benda di premis berkenaan.
Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di sebuah restoran di sini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan.