Pendirian Pas boleh berubah bila-bila masa - Puad Zarkashi
Iklan
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
JOHOR BAHRU - Pendirian Pas, boleh berubah bila-bila masa mengikut kepada mafhum Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Iklan
Iklan
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, itu dilema dihadapi UMNO yang memberi risiko besar kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti.
Menurutnya, bukan mudah untuk menjalin kerjasama dengan Pas.
Iklan
“Tetapi pada Abdul Hadi, Bersatu terkeluar daripada PN berdasarkan tindakan parti berkenaan,” katanya menerusi kemyataan di Facebook pada Ahad.
Mohd Puad berkata, daripada segi mafhumnya (maksudnya) Bersatu lawan parti dia sendiri (PN) di Negeri Sembilan.
Iklan
“Faham sendiri lah katanya. Maka apakah PAS ikut perlembagaan atau ikut mahfum?,” soalnya dalam kenyataan itu.
Kenyataan dikeluarkan Mohd Puad itu susulan tindakan Abdul Hadi mempersoalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding menentang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Beliau memberi reaksi berkenaan susulan wujud perbezaan pandangan antara beliau dan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri berhubung status keanggotaan Bersatu dalam gabungan itu.
Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa keanggotaan Bersatu dalam PN gugur secara automatik susulan pengumuman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasrat untuk membentuk gabungan politik baharu.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, kedudukan Bersatu dalam PN belum berubah walaupun timbul dakwaan keanggotaan parti itu terhenti disebabkan hasrat penubuhan gabungan baharu tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seruan Anwar kepada 'otai' lama bukan kami, mungkin Tian Chua dan Xavier - Rafizi"><meta itemprop="description" content="Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya ‘otai-otai’ lama kembali kepada perjuangan PKR mungkin tidak ditujukan kepada beliau dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Rafizi berkata, beliau menganggap dirinya masih muda dan tidak pasti sama ada Presiden PKR itu merujuk kepadanya serta Nik Nazmi ketika menyebut mengenai ‘otai-otai’ berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792204/berita/politik/seruan-anwar-kepada-otai-lama-bukan-kami-mungkin-tian-chua-dan-xavier---rafizi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #Rafizi #NikNazmi #Bersama"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T03:27:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTFQw1gWIuvKfDL0c/x1080"><meta itemprop="duration" content="P103S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xay4gje"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4gje"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xay4gje"></script>