Polis tahan guru disyaki lakukan amang seksual terhadap pelajar

Iklan
Suspek ditaha polis jam 11.10 pagi pada Khamis lalu.

​KUALA TERENGGANU - Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki sekolah menengah di daerah ini.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, penahanan suspek dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat jam 4.04 petang pada 12 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

​"Suspek yang dikenali mangsa dan juga merupakan gurunya bertindak melakukan amang seksual fizikal terhadap pengadu.

​"Mangsa turut menyatakan sebelum ini suspek telah beberapa kali melakukan perkara sama," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Iklan

​Azli berkata, susulan laporan itu pihak polis menjalankan tangkapan ke atas suspek yang merupakan lelaki tempatan jam 11.10 pagi pada Khamis lalu.

Azli

Iklan

​Jelas beliau, permohonan tahanan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan dibenarkan selama enam hari bermula 14 Ogos sehingga 19 Ogos depan.

​"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

​"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat," katanya.

​Tambah beliau, pihak polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

​Sehubungan itu, katanya, ibu bapa dinasihatkan agar memberikan didikan awal berkenaan gangguan seksual serta sentiasa memantau pergerakan harian anak-anak.

"​Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta segera menghubungi pihak Polis Daerah Kuala Terengganu," ujarnya.