[VIDEO] Permohonan tukar Pengerusi MPN Negeri Sembilan akan dibincang - Anwar

Iklan

AYER KEROH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tiada masalah untuk membincangkan mengenai permohonan enam Ketua Cabang di Negeri Sembilan yang meminta supaya parti menilai semula kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri terbabit.

Anwar memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima surat tersebut, tetapi sudah diberitahu mengenainya.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa masih belum menerima surat tersebut, tetapi sudah diberitahu mengenainya.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai dakwaan enam Ketua cabang PKR Negeri Sembilan yang menghantar surat untuk mendesak pengunduran Aminuddin.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporan berkenaan surat berkenaan yang ditandatangani enam Ketua Cabang PKR Negeri Sembilan.

Ia membabitkan Ketua Cabang Jelebu, Zainal Fikri Abd Kadir; Ketua Cabang Rembau, Dr Jufitri Joha; Ketua Cabang Seremban, Noor Iskandar Mohamad Nor; Ketua Cabang Rasah, Ahmad Izzudin Ismail; Ketua Cabang Kuala Pilah, Ismail Muhamad Nor dan Ketua Cabang Tampin, V Raja.

Iklan

Berdasarkan surat yang dilihat Sinar Harian, dinyatakan bahawa permohonan itu dibuat demi memperkukuhkan organisasi parti di negeri terbabit susulan kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.

Surat berkenaan menyatakan keputusan PRN lalu memberi ruang untuk parti melakukan muhasabah terhadap kekuatan organisasi, strategi kempen serta keberkesanan kepimpinan di peringkat negeri.

"Sebagai sebuah parti yang mengamalkan prinsip kebertanggungjawaban, penilaian menyeluruh wajar dilakukan bagi memastikan PKR terus diyakini rakyat dan ahlinya.

“Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun harus bertanggungjawab di atas kekalahan PRN yang membuatkan Ketua-Ketua Cabang Keadilan Negeri Sembilan telah hilang kepercayaan terhadap Pengerusi MPN Negeri Sembilan,” kata mereka dalam surat terbabit.

Pada PRN Negeri Sembilan, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bertanding di Dewan Undangan Negeri Linggi tewas di Linggi dalam saingan tiga penjuru berdepan penyandang kerusi berkenaan Datuk Mohd Faizal Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Zamri Md Said daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu).