KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan selamat menjalani rawatan dan kini sedang beristirehat.
Perkara itu disahkan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, keadaan Baginda kini stabil selepas menjalani rawatan berkenaan.
"Dengan kehendak dan rahmat ALLAH SWT serta berkat doa seluruh rakyat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menzahirkan ucapan penghargaan dan perasaan terharu serta menzahirkan ucapan terima kasih Baginda serta keluarga kepada semua masjid, surau, institusi tahfiz, para alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi, individu serta seluruh lapisan rakyat yang telah mendoakan dan melaksanakan solat hajat serta bacaan Yasin untuk Baginda," menurut kenyataan itu.
Pihak Istana turut menyatakan harapan agar ALLAH SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Terengganu serta mempermudahkan segala urusan Baginda.