Ahmad Maslan sokong kajian, RCI baharu siasat Tabung Haji selepas 2020

Iklan
Ahmad memasang Jalur Gemilang pada kereta penduduk di Pekan Benut bagi menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

PONTIAN - Kajian menyeluruh mengenai keseluruhan sejarah tadbir urus Tabung Haji (TH) perlu dilaksanakan, termasuk meneliti tempoh-tempoh lain dan tidak hanya bagi tahun 2014 hingga 2020 sahaja.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan TH, penting bagi mengukuhkan keyakinan 10 juta pendeposit terhadap institusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"RCI terdahulu hanya memberi tumpuan kepada tempoh sehingga 2020, sedangkan masalah TH didakwa masih timbul bagi tempoh enam tahun berikutnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian ditemui selepas penyerahan Jalur Gemilang kepada penduduk di Pasar Pagi Benut pada Sabtu.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan cadangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat isu melibatkan Tabung Haji (TH) perlu diputuskan di peringkat Kabinet sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menjelaskan, dalam konteks berkenaan terdapat dua keputusan perlu dibuat sama ada untuk meneruskan atau mengembangkan RCI berkenaan.

Iklan

Seterusnya, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menggesa kajian menyeluruh wajar dibuat mengenai keseluruhan sejarah tadbir urus TH dengan turut membuat penelitian terhadap tempoh-tempoh lain termasuk perkembangan dan keputusan selepas 2020 seperti peranan yang dimainkan oleh Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) sejak penubuhannya sehingga kini.

Ahmad (tengah) bersama sukarelawan menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk di Pasar Pagi Benut pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, RCI kedua wajar ditubuhkan bagi meneliti pengurusan TH sepanjang tempoh 2021 hingga 2026, termasuk perkembangan yang berlaku selepas tempoh siasatan terdahulu.

Beliau turut berpandangan keputusan untuk melanjutkan tempoh sukuk sehingga 10 tahun lagi juga perlu diteliti semula.

"Saya setuju kajian menyeluruh perlu dibuat terhadap pengurusan TH bagi tempoh 2021 hingga 2026. Kita boleh beri tempoh enam bulan kepada pasukan yang dilantik untuk menjalankan siasatan.

"Mungkin juga orang yang dilantik tidak sama dengan pasukan sebelum ini. Kita tubuhkan satu pasukan baharu untuk melihat perkara-perkara baharu supaya masalah TH dapat diselesaikan sepenuhnya.

Sebelum ini, pasukan yang menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) terdiri daripada enam orang pesuruhjaya yang dilantik pada 20 Januari 2022 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

RCI dianggotai enam pesuruhjaya itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif manakala anggotanya termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dan pengasas RHB Group Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Tiga lagi anggota ialah Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Prof Dr Asmadi Mohamed Naim serta akauntan bertauliah Norsyahrin Hamidon.