Anggota Rela maut nahas, pemandu kereta ditahan polis

Iklan
Kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Kampung Charok Kelian. Foto tular

BALING - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) wanita maut dalam kemalangan di Kampung Charok Kelian di sini pada Jumaat.

Mangsa, Rohani Hamid, 55, dari Kampung Charok Gorok, menunggang motosikal sebelum dipercayai terlibat kemalangan dengan sebuah kereta kira-kira jam 6 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.09 petang berhubung kejadian membabitkan anggota Rela terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari arah Kampung Charok Gorok menghala ke Kampung Dalam Wang, manakala kereta dipandu lelaki berusia 41 tahun dari arah Sik ke Baling.

Iklan

"Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu kereta pula ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Anggota Rela wanita maut dalam kemalangan di Kampung Charok Kelian. Foto tular

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.