Ambil upah tangkap anjing terbiar diharuskan - Mufti Negeri Sembilan

Iklan
Mohd Faudzinaim dan laporan Sinar Harian mengenai tawaran MBS kepada individu yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela menerusi Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026.

SEREMBAN - Tidak menjadi permasalahan untuk Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melaksanakan Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin berkata, pemberian upah berkenaan adalah diharuskan selagi ia diberikan sebagai bayaran atas usaha atau kerja yang dilakukan.

Iklan
Iklan

"Hukum ambil upah itu adalah harus kerana ia adalah upah yang dibayar atas usaha atau kerja yang dilakukan, bukannya bayaran kepada anjing yang diserahkan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan Program Pemberian Insentif Wang Tunai Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela yang dilaksanakan oleh MBS dijadualkan bermula 24 Ogos ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Insentif RM50 bantu tangkap anjing liar

Isu anjing liar: 'Jangan seperti anjing menyalak bukit, kemuka solusi terbaik' -MBS

Iklan

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Islam membenarkan tindakan menangkap anjing terbiar apabila haiwan berkenaan berada pada tahap tidak terkawal sehingga memberi ancaman kepada masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, Islam tidak mengajar untuk menganiaya, menyeksa atau membunuh ketika membuat tangkapan haiwan terbabit.

"Tindakan itu mestilah dilakukan dengan rasa belas kasihan.

Jelasnya tindakan itu juga hanya dilakukan sebagai usaha terakhir apabila tidak ada lagi usaha yang boleh memulihkan anjing berkenaan.

"Tapi diingatkan bahawa tindakan itu perlu dilakukan dengan rasa ihsan dan tidak menyiksanya.

"Langkah itu bertujuan menjaga kemaslahatan, yakni kebaikan dan manfaat masyarakat dengan menghilangkan mudarat atau bahaya yang berpunca daripada anjing terbiar yang agresif atau berpenyakit," katanya.