Suami isteri maut diseret lori selepas langgar serpihan tayar di lebuh raya

Iklan
Suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan dan terbabas akibat melanggar serpihan tayar di Kilometer 342.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi Jumaat. Foto hiasan

TAPAH - Suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan dan terbabas akibat melanggar serpihan tayar di Kilometer 342.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, motosikal terbabit dilaporkan terjatuh ke laluan kiri sebelum diseret sebuah lori yang datang dari arah sama sejauh 10 meter.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, mangsa wanita yang membonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, suami mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian perut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tapah.

Iklan

"Berdasarkan keterangan, pemandu lori tersebut tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan dalam perjalanan dari Gombak menuju ke Pulau Pinang melalui lebuh raya berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Tapah di talian 05-401 1222 atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnaian di talian 017-325 6140.